LAGU PATRIOTIK

LAGU NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

LAGU NEGARAKU 

LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN - Maju dan Sejahtera

LAGU NEGERI PERLIS - Amin Amin Ya Rabaljalil

LAGU NEGERI KEDAH - Allah Selamatkan Sultan Mahkota

LAGU NEGERI PULAU PINANG - Untuk Negeri Kita

LAGU NEGERI PERAK - Allah Lanjutkan Usia Sultan

LAGU NEGERI SELANGOR - Duli Yang Maha Mulia

LAGU NEGERI SEMBILAN - Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

LAGU NEGERI MELAKA - Melaka Maju Jaya

LAGU NEGERI JOHOR - Lagu Bangsa Johor

LAGU NEGERI KELANTAN - Selamat Sultan

LAGU NEGERI TERENGGANU - Selamat Sultan

LAGU NEGERI PAHANG - Allah Selamatkan Sultan Kami

LAGU NEGERI SARAWAK - Ibu Pertiwiku

LAGU NEGERI SABAH - Sabah Tanah Airku

HSP DAN RPT

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 


DSKP SEJARAH TAHUN 4
HSP KT TAHUN 4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 


RPT SEJARAH TAHUN 4
RPT KT TAHUN 4
RPT KT TAHUN 6 

KBSR 

HSP Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


HSP Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

B. Melayu - Tahun 2 (SK)
B. Melayu - Tahun 2 (SJK)
B. Melayu - Tahun 3 (SK)
B. Melayu - Tahun 3 (SJK)
B. Melayu - Tahun 4 (SK) 1|2
B. Melayu - Tahun 4 (SJK)
B. Melayu - Tahun 5 (SK)
B. Melayu - Tahun 5 (SJK) 1|2
B. Melayu - Tahun 6 (SK)
B. Melayu - Tahun 6 (SJK


B.Tamil - Tahun 1 (SK)
B.Tamil - Tahun 2 (SK)
B.Tamil - Tahun 1 (SJK)
B.Tamil - Tahun 2 (SJK)
B.Tamil - Tahun 3 (SJK)
B.Tamil - Tahun 4 (SJK)
B.Tamil - Tahun 5 (SJK)  
B.Tamil - Tahun 6 (SJK)


Kemahiran Hidup Tahun 4
Kemahiran Hidup Tahun 5
Kemahiran Hidup Tahun 6


Kajian Tempatan Tahun 4
Kajian Tempatan Tahun 5
Kajian Tempatan Tahun 6




    VISI DAN MISI

    (sumber : www.skkdim.com)

    KENALI DATO' IBRAHIM MAJID

    3




    Anak jati Johor, Dato’ Ibrahim Majid dilahirkan di Muar dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sejak mula-mula bertugas di Segamat sehinggalah bersara pada tahun 1973. Beliau bersekolah di Sekolah Tinggi Muar dan selepas itu melanjutkan pelajaran di Raffles College Singapura sehingga Perang Dunia kedua.
    Selepas Perang, beliau bertugas di beberapa daerah di Johor termasuk Penggerang, Labis, Segamat dan Pontian sebagai ADO (Penolong Pegawai Daerah) dan di Johor Bahru sebagai DO (Pegawai Daerah). Pada tahun 1959 beliau ditugaskan sebagai AO (Adminstrative Officer) di Kluang dan beberapa bulan kemudian dilantik sebagai Pegawai Daerah Kluang.
    Apabila konfrontasi tercetus antara Malaysia dan Indonesia pada 1963, beliau dipinjamkan kepada Kerajaan Persekutuan sebagai Pengarah Perkhidmatan Negara (Director of National Service) di Kuala Lumpur sehinggalah tamat konfrontasi.
    Pada tahun 1967, beliau kembali ke negeri Johor, sebagai Pegawai Daerah Muar dan pada waktu inilah beliau dianugerah pingat SPMJ yang membawa gelaran Dato’ .
    4
    Selepas tiga tahun berkhidmat di daerah Muar, iaitu pada tahun 1970, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Johor sehinggalah persaraannya pada tahun 1973.
    Sebagai pegawai kerajaan, beliau terpaksa berpindah dari satu daerah ke satu daerah, kadang-kala hanya untuk beberapa bulan saja. Sebab itulah Kluang menjadi kenangan istimewa baginya kerana beliau dapat menetap di sana selama enam tahun dan dengan itu berpeluang menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembangunan daerah tersebut.
    2
    Di Kluang beliau mengusahakan pembukaan kawasan-kawasan baru, pembahagian tanah kepada orang-orang kampung yang telah lama bertani dan menetap di sana, dan bergaul dengan setiap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, dalam usaha memesrakan rakyat dengan kerajaan untuk menolak anasir-anasir komunis. Kawasan-kawasan luar bandar pada masa itu amat terpencil dan ada yang masih di bawah ancaman komunis.
    5
    Walaupun beliau dianugerah berbagai pingat termasuk pingat PIS, JP, SPMJ dan SSIJ sepanjang perkhidmatannya di negeri Johor dan akhirnya berjaya menyandang jawatan pegawai kerajaan yang paling tinggi di negeri Johor, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ibrahim Majid dikenali sebagai orang yang `simple’ dan hidup secara sederhana sehingga ke akhir hayatnya. Pencapaian yang diperoleh jarang sekali diceritakannya, namun pada hari ini dapat dilihat pada nama jalan di beberapa tempat di negeri Johor, pada nama kampung dan juga pada nama sekolah yang menjadi tempat suburnya generasi baru.
    0
    Dato' Ibrahim Majid telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1995. Al-Fatihah...


    (sumber : www.skkdim.com)

    CARTA ORGANISASI

    CARTA ORGANISASI
    PANITIA KAJIAN TEMPATAN 2013

    PENGERUSI :
    PN. ROGAYAH BT ABDULLAH
    (GB SKKDIM)

    TIMBALAN PENGERUSI :
    PN. HJH. FATIMAH BT SALIM
    (GPK 1 SKKDIM)

    NAIB PENGERUSI 1 :
    PN. HJH. JUNAIDAH BTHJ. TAHIR
    (GPK HEM SKKDIM)

    NAIB PENGERUSI 2 :
    PN. ROHANI BT ABDULLAH
    (GPK KOKU SKKDIM)

    KETUA PANITIA :
    EN. MOHD HAZROL ASHRAF B MD ARIS

    SETIAUSAHA :
    EN. JAMADI B MARRAUAN

    AJK : 
    EN. AMINUDIN B OTHMAN
    PN. NOR MASITA BT ADAM
    CIK ROHANA BT AHMAD
     
    CARTA ORGANISASI
    PANITIA KAJIAN TEMPATAN 2012

    PENGERUSI :
    PN. ROGAYAH BT ABDULLAH
    (GB SKKDIM)

    TIMBALAN PENGERUSI :
    PN. HJH. FATIMAH BT SALIM
    (GPK 1 SKKDIM)

    NAIB PENGERUSI 1 :
    PN. HJH. JUNAIDAH BTHJ. TAHIR
    (GPK HEM SKKDIM)

    NAIB PENGERUSI 2 :
    PN. ROHANI BT ABDULLAH
    (GPK KOKU SKKDIM)

    KETUA PANITIA :
    EN. MOHD HAZROL ASHRAF B MD ARIS

    SETIAUSAHA :
    EN. JAMADI B MARRAUAN

    AJK :
    PN. RAEMAH BR MUSA
    PN. MARINA BT JAMION
    CIK NURFATAHIYATI BT SARBINI

    CARTA ORGANISASI
    PANITIA KAJIAN TEMPATAN 2011

    PENGERUSI :
    PN. ROGAYAH BT ABDULLAH
    (GB SKKDIM)

    TIMBALAN PENGERUSI :
    PN. HJH. FATIMAH BT SALIM
    (GPK 1 SKKDIM)

    NAIB PENGERUSI 1 :
    PN. HJH. JUNAIDAH BTHJ. TAHIR
    (GPK HEM SKKDIM)

    NAIB PENGERUSI 2 :
    PN. ROHANI BT ABDULLAH
    (GPK KOKU SKKDIM)

    KETUA PANITIA :
    EN. MOHD HAZROL ASHRAF B MD ARIS

    SETIAUSAHA :
    EN. MOHD IDRIS SHAFIE B MD SALLEH

    AJK :
    PN. SURIANI BT MOHAMED
    CIK NURFATAHIYATI BT SARBINI

    AKTIVITI

    BULAN KEMERDEKAAN 2011

    PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

      1PERTANDINGAN MENGHASILKAN JALUR GEMILANG


    jalur

    PERTANDINGAN MEWARNA

    1


    PERTANDINGAN TULISAN BERANGKAI


    2

    PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

    Tarikh   : 15 Ogos 2011
    Hari      : Isnin
    Masa     : 7.30 pagi
    Tempat : Dataran Perhimpunan
    1
    (sumber : www.skkdim.com)

    SEJARAH SEKOLAH

    1969 - Mula ditubuhkan di bangunan Balai Raya Kg. Pt. Ibrahim.
    1972 - Bangunan Balai Raya dimana sekolah ditempatkan roboh ditiup
              angin ribut.
    1980 - Berpindah ke bangunan kekal 2 tingkat di lot tapak sekolah
              yang ada sekarang.
    1981 - Perasmian Sekolah oleh YB Dato' Hj. Mohamed Suhaimi B.
              Dato' Hj. Kamaruddin (Timbalan Menteri Pelajaran) pada
              22.9.1981.
    1982 - Mendapat sebuah lagi bangunan batu 2 tingkat.
    1993 - Mendapat sebuah lagi bangunan batu 2 tingkat.
    1994 - Dinaikkan taraf Sekolah Gred A.
    2003 - Mendapat bangunan Makmal Komputer.
    2007 - Surau baru hasil kutipan derma orang ramai telah siap dibina.
    2007 - UPSR mencatat keputusan terbaik dalam sejarah sekolah di mana
              14 orang calon mendapat 5A mewakili 22% calon.
    2008 - Bangunan Pra Sekolah kedua siap dibina dan mula beroperasi.

    SEKOLAH KEBANGSAAN KG DATO IBRAHIM MAJID ialah sebuah sekolah kebangsaan kerajaan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1969. Sekolah ini terletak di KM.8, Jalan Benut, lebih kurang 9 kilometer dari pekan Simpang Renggam. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai sekolah cawangan Bukit Kenangan B dan beroperasi di Balai Raya Kampung Parit Ibrahim.oldPada tahun 1972, bangunan balai raya tersebut telah roboh ditiup angin ribut dan pihak kerajaan telah membina bangunan baru di tapak yang sama. Lapan tahun selepas itu iaitu pada tahun 1980, operasi sekolah telah dipindahkan ke tapak baru dimana satu bangunan dua tingkat dibina sebagai bangunan sekolah.

    Sekolah ini telah dirasmikan pada tanggal 22 September 1981 oleh YB Dato’ Hj. Suhaimi B. Dato’ Hj. Kamaruddin, Timbalan Menteri Pertanian pada ketika itu dan nama sekolah telah ditukar kepada SK Dato Ibrahim Majid sempena nama setiausaha kerajaan negeri Johor yang juga mantan Pegawai Daerah Kluang.suhaimi



    Dengan penambahan bilangan murid yang mendaftar , pada tahun 1982, sekolah mendapat sebuah lagi bangunan 2 tingkat. Pembangunan disekitar sekolah dengan pembukaan Bandar Baru Ibrahim Majid juga menyaksikan bilangan penduduk semakin bertambah dan pada tahun 1993, sebuah lagi bangunan 2 tingkat dibina untuk menampung bilang murid yang bertambah. Pada tahun yang sama juga, PIBG sekolah telah membina sebuah bangunan surau hasil kutipan derma orang ramai.

    Pada tahun 1994, sekolah ini telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Gred A. Sebuah blok bangunan makmal komputer telah dibina pada tahun 2003 dan beroperasi mulai tahun 2004. Dengan kelengkapan ini, murid mendapat peluang untuk mengalami suasana PdP yang berteraskan ICT seterusnya menjadikan mereka celik IT.

    Memandangkan bilangan murid yang besar, PIBG sekolah sekali lagi telah berusaha membuat kutipan derma dari orang ramai serta agensi kerajaan untuk membina sebuah surau baru untuk aktiviti keagamaan yang lebih konsudif dan selesa. Akhirnya pada tahun 2007, impian tersebut dapat direalisasikan dengan terbinanya sebuah surau yang boleh memuatkan 200 jamaah.
    bina
    Selain itu, sekolah juga mendapat dua tambahan bangunan untuk kelas Pra sekolah iaitu pada tahun 2008 dan 2011. Kini, terdapat tiga kelas pra sekolah iaitu Tunas Cemerlang, Tunas Bestari dan Tunas Harapan yang boleh menampung sejumlah 75 orang murid setiap tahun.

    Sekolah ini sekali lagi menerima peruntukan pembinaan sebuah bangunan 3 tingkat pada tahun 2008. Bangunan baru yang mula digunakan pada tahun 2010 ini dilengkapi makmal sains, bilik- bilik darjah, bilik mesyuarat, bilik operasi peperiksaan, pejabat dan bilik guru berhawa dingin, bilik j- qaf, dan pusat akses.
    blok

    INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)

    INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU) 
    AIR POLLUTANT INDEX (API) 

    Pengiraan IPU
    Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, 
          NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi 
          diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, 
          kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar 
          yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. 
     
    Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3) 
          Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon 
          adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah 
          pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap 
          yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi 
          membentuk ozon di permukaan bumi.

    SENARAI MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI

    SENARAI NAMA DAN ALAMAT MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI MENGIKUT SUSUNAN KEKANANAN RAJA-RAJA DAN TYT YANG DI PERTUA NEGERI

    YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
    Menteri Besar Kedah,
    Pejabat Menteri Besar Kedah,
    Wisma Darul Aman,
    Jalan Tunku Bendahara,
    05502 Alor Setar, KEDAH.

    YAB DATO' SRI DIRAJA HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB
    Menteri Besar Pahang,
    Pejabat Menteri Besar Pahang,
    Wisma Sri Pahang,
    25502 Kuantan, PAHANG.

    YAB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN HAJI ABD. KADIR
    Menteri Besar Perak,
    Pejabat Menteri Besar Perak,
    Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, PERAK.

    YAB DATO' SERI DR. MD. ISA BIN SABU
    Menteri Besar Perlis,
    Pejabat Menteri Besar Perlis,
    Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri
    Persiaran Wawasan,
    01000 Kangar, PERLIS.

    YAB TAN SRI DATO' ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
    Menteri Besar Selangor,
    Pejabat Menteri Besar Selangor,
    Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40502 Shah Alam, SELANGOR.

    YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
    Menteri Besar Negeri Sembilan,
    Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
    Tingkat 5B Wisma Negeri,
    70502 Seremban, NEGERI SEMBILAN.

    YAB DATO' HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN
    Menteri Besar Johor,
    Pejabat YAB Menteri Besar Johor,
    Aras 4, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad,
    79503 Nusajaya, JOHOR.

    YAB DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
    Menteri Besar Kelantan,
    Pejabat Menteri Besar Kelantan,
    Tingkat 1, Blok 1,
    Kota Darulnaim,
    15502 Kota Bharu, KELANTAN.

    YAB DATO' SERI HAJI AHMAD BIN SAID
    Menteri Besar Terengganu,
    Tingkat 16, Wisma Darul Iman,
    Pejabat Menteri Besar Terengganu,
    20502 Kuala Terengganu, TERENGGANU.

    YAB PEHIN SRI TAN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD
    Ketua Menteri Sarawak,
    Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 22,
    Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya,
    93502 Kuching, SARAWAK.

    YAB TUAN LIM GUAN ENG
    Ketua Menteri Pulau Pinang,
    Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,
    Tingkat 28, KOMTAR,
    10502 PULAU PINANG.

    YAB DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM
    Ketua Menteri Melaka,
    Pejabat Ketua Menteri Melaka,
    Bangunan Seri Negeri, Tingkat 4, Blok A,
    Seri Negeri, Ayer Keroh,
    75450 MELAKA.

    YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN
    Ketua Menteri Sabah,
    Pejabat Ketua Menteri Sabah,
    Jabatan Ketua Menteri,
    Tingkat 17&18, Wisma Innoprise,
    Jalan Sulaman,
    88502 Kota Kinabalu, SABAH.

    SIMBOL ASAS MALAYSIA

    TUJUH SIMBOL ASAS MALAYSIA

    Pada 17 September 1963, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, mengumumkan tujuh simbol yang menjadi asas Malaysia. Bertitah pada satu majlis perhimpunan kanak-kanak, baginda menyeru semua kanak-kanak supaya mempunyai keyakinan teguh terhadap Malaysia yang baru ditubuhkan itu. Baginda bertitah bahawa simbol berkenaan ialah:-

    BANGUNAN PARLIMEN
    - Ia menjadi tugu keyakinan kita terhadap demokrasi berparlimen berdasarkan pilihan rakyat.



    MASJID NEGARA
    - Menjadi tugu kebebasan beragama kerana semua rakyat dan bangsa menyumbangkan wang bagi pembinaannya, selain wan yang diperuntukkan oleh kerajaan



    KOLEJ UNIVERSITI DAN INSTITUSI PENGAJIAN LAIN
    - Melambangkan keyakinan kita terhadap pelajaran dan usaha memberi ilmu kepada rakyat



    STADIUM MERDEKA DAN STADIUM NEGARA
    - Menjadi simbol tentang kepercayaan kita bahawa otak yang cergas terdapat pada tubuh yang sihat dan simbol bagu usaha mempuk persahabatan melalui sukan



    TUGU NEGARA
    - Menjadi simbol semangat dan pengorbanan rakyat dalam mempertahankan negara



    DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
    - Menjadi simbol kekayaan warisan dan kedudukan istimewa Bahasa Kebangsaan, yang menjadi bahasa rasmi Malaysia.



    MUZIUM NEGARA
    - Menjadi simbol utama usaha membina kebudayaan nasional.

    PERMAINAN KESIHATAN

    PERMAINAN KESIHATAN

    TIP ALAM SEKITAR

    30 CARA MENJIMATKAN AIR DI DALAM DAN DI SEKITAR RUMAH

    air
    Gunakan air dengan berhemah
    Tandas
    • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memlih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
    • Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
    • Sentiasa  melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
    • Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air bewarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
    Bilik Mandi
    • Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
    • Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
    • Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
    • Sinki
    • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
    • Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
    Taman
    • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
    • Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
    • Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
    • Sentiasa memeriksa dan meugubah suai pemercik mengikut cuaca.
    • Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
    • Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
    • Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
    • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
    • Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
    Dapur
    • Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
    • Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
    • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
    • Cuci sayur- sayuran, buah- buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
    • Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
    Garaj
    • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan pengunaan salur getah.
    • Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
    Cara-Cara Menjimatkan Air
    • Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
    • Sentisa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
    • Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
    • Galakkan aktiviti- aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
    • Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
    • Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, ditaman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

    19 AMALAN LESTARI SEMASA MEMBELI BELAH

    wallsendmetrostation
    Fikir dahulu sebelum buang.
    1. Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.
    2. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik (menggunakan baja organik/ kompos tanpa racun makhluk perosak).
    3. Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.
    4. Beralih ke barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yang tidak boleh lupus dengan sempurna.
    5. Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengelakkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.
    6. Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas ‘styrofoam’ yang tidak boleh lupus.
    7. Rancang pembelian untuk mengelakkan  daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu para pengguna untuk berjimat.
    8. Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlah untuk mengurang pencemaran udara.
    9. Bertukarlah kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.
    10. Pilih peralatan bebas klorofluorokarbon (CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.
    11. Sewa/ pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.
    12. Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan.
    13. Bawa beg sendiri untuk membeli belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.
    14. Gunakan bateri yang dicas semula dan tanpa cadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.
    15. Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal. Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.
    16. Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yang anda perlu dan bukan yang anda mahu.
    17. Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Berhati-hati semasa melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.
    18. Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.
    19. Apabila hendak menukar atau membeli barangan elektrik yang baru, pilihlah model berlabel ‘Energy  Star’ yang menjimatkan tenaga serta wang.

    PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENJAGA ALAM SEKITAR

    1. Menggunakan sumber alam secara berhemah terutamanya penggunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan boleh dikitar semula untuk menyiram pokok. Lampu dan peralatan elektrik lain perlu ditutup jika tidak digunakan.
    2. Menggalakan orang ramai membuang sampah di tempat sepatutnya. Didik mereka untuk kitar semula dengan mengasingkan jenis-jenis sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya. Wujudkan tong sampah mengikut jenis-jenis bahan buangan tersebut.
    3. Kumpulkan bahan-bahan buangan seperti tin aluminium dan surat khabar lama dan seterusnya dibawa ke pusat kitaran semula.
    4. Didik orang ramai membuat baja kompos daripada sisa makanan. Ia boleh digunakan untuk pokok bunga atau sayuran yang ditanam di halaman. Dengan ini, mereka akan turut dididik dengan konsep ? berbakti kepada tanah ".
    5. Majalah-majalah atau surat khabar lama boleh digunakan semula dengan cara mengumpulkan artikel-artikel tertentu untuk dijadikan scrap book atau ensiklopedia peribadi tentang topik yang diminati. Ia akan membantu menjana pemikiran.
    6. Terapkan sifat berjimat cermat seperti mengunakan semula barang-barang lama dan jadikan kraftangan seperti beg, selimut atau alas meja. Tin atau botol palastik pula boleh diubah suai menjadi tabung, bekas alat tulis atau arca.
    7. Pakaian anak-anak yang tidak lagi digunakan mungkin boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau anak yatim.
    8. Bawa beg sendiri untuk membeli belah
    9. Galakkan orang ramai menyertai program berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar.

    TIP MENJIMATKAN PENGGUNAAN AIR

    Tip Menjimatkan Penggunaan Air
    1. Mandi menggunakan air yang disimpan didalam kolah atau baldi lebih menjimatkan daripada air pancuran. Tadah air ketika bersabun atau bersyampu.
    2. Gunakan tandas yang mempunyai dua pam dalam sistem pengepaman. Ia hanya menggunakan 6 liter untuk pengepaman sepenuhnya, dan 3 liter untuk pengepaman separuh, berbanding sistem pengepaman biasa yang menggunakan 10 liter air.
    3. Kurangkan membasuh kenderaan. Hanya cuci apabila kenderaan benar-benar kotor. Jika membasuh kenderaan gunakan air yang ditadah dalam baldi. Membasuh dengan menggunakan hos getah akan meningkatkan penggunaan air.
    4. Tidakpun, tadah air hujan untuk kegunaan membasuh kenderaan, membersih laman rumah atau menyiram pokok. Bil dapat dikurangkan jika menggunakan sumber air yang asli.
    5. Cuci pakaian menggunakan mesin basuh hanya apabila muatannya penuh. Jumlah penggunaan air bagi muatan penuh dan separuh adalah lebih kurang sama.
    6. Jika membasuh menggunakan tangan, pastikan pakaian dibilas dalam baldi, bukan terus dari paip.

    TIP MENJIMATKAN TENAGA ELEKTRIK

     

    • Pilih pendingin hawa yang bersesuaian dengan saiz bilik
    • Kurangkan penggunaan pendingin hawa dengan menanam pokok yang memberikan teduhan dan buka tingkap untuk membenarkan aliran udara masuk
    • Pilih jenis lampu yang bersesuaian (pada tempat yang ingin diterangkan) dan letakkan lampu di sudut bilik
    • Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakan seterika (menggosok pakaian dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa). Ini kerana, seterika menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk memanaskanya
    • Jangan letak makanan panas di dalam peti sejuk. Biarkan makanan tersebut sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk
    • Tutup suis semua peralatan elektrik yang tidak digunakan untuk mengelak pembaziran elektrik pada setiap masa.

    AMALAN LESTARI DI RUMAH

    1. Gunakan kain untuk mengelap meja dapur dan tempat bekerja. Elakan dari menggunakan tisu kerana ianya tidak boleh digunakan semula serta menyumbang kepada penambahan sisa buangan domestik.
    2. Guna semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat menyimpan barang. Ini akan menggelakan pengguna dari perlu membeli bekas baru untuk menyimpan barangan serta dapat membantu untuk berjimat.
    3. Guna semula beg plastik membeli belah   sewaktu keluar untuk membeli barangan. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastik kerana ianya sukar untuk dilupuskan. 
    4. Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga sehingga 70% serta makanan yang dimasak juga adalah sihat.
    5. Kumpulkan kertas / surat khabar yang tidak digunakan dan hantar ke pusat kitar semula.
    6. Jadikan bahan buangan organik sebagai baja kompos yang tinggi nutriennya. Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tanaman seperti pudina yang berfungsi sebagai penghindar serangan serangga perosak.
    7. Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazir. Gunakan air yang diisikan ke dalam baldi untuk mencuci kereta
    8. Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatanya penuh. Air bilasan cucian boleh dikumpulkan semula dan gunakan untuk mencuci tandas serta longkang sekitar kawasan rumah.
    9. Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga.  Sebelum membeli mesin basuh pakaian, baca lebel kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, pengunaan air dan elektrik dapat dikurangkan sehingga 50% .
    10. Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah boleh mengurangkan antara 25% sehingga 50% pengunaan air. 
    11. Gunakan pancuran untuk mandi dan elakan mandi dengan menggunakan air takungan. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak 4 kali ganda.
    12. Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan sistem satu curahan, sistem dua curahan dapat mengurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sebanyak 50%
    13. Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air mengalir berterusan.
    14. Isikan air kedalam sinki untuk mencuci sayuran atau membasuh pinggan mangkuk. Ia akan menjimatkan 15 kali pengunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.
    15. Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak elektrik selepas menggunakanya. Peralatan elektrik seperti television yang digunakan selama 3 jam sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan ?standby mode? selama 21 jam akan mengunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan 'standby mode'.
    16. Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan kadar keamatan cahaya skrin televisyen. Apabila kadar keamatan cahaya skrin televisyen terlalu tinggi, lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat televisyen juga akan berkurang.
    17. Gantikan mentol bercahaya pijar biasa dengan mentol berpendaflour padat dapat meenjimatkan sehingga 60% tenaga berbanding mentol cahaya pijar.
    18. Guankan peti sejuk sebaiknya untuk menjimatkan tenaga. Nyah beku secara berkala dan elakan membuka peti sejuk dengan kerap.
    19. Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik dan gas.
    20. Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan pemanasan. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global.
    21. Jemur pakaian di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering. Ia dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan oleh mesin pembasuh untuk mengeringkan pakaian dan menjimatkan sebanyak 700 paun karbon dioksida dalam tempoh 6 bulan.
    22. Berbasikal atau berjalan kaki ke kedai atau kawasan berdekatan. Amalan ini 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.
    23. Sokong dan bantu program kitar semula. Kitar semula barang buangan sebanyak mungkin.

    PANDUAN DAN LANGKAH MENGHADAPI BANJIR

    PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
    • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
    • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
    • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
    • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
    • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
    • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
    SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
    • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
    • Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
    • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
    • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
    • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
    SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
    • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
    • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
    • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
    SEMASA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN
    • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
    • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
    SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
    • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
    • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
    • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
    SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
    • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
    • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
    • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
    • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
    • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
    • Jangan minum air banjir.
    SELEPAS BANJIR
    • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
    • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
    • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
    • Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
    SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
    • Pakai kasut.
    • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
    • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
    • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
    SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA


    • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
    • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
    • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
    • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
    • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
    • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
    • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

    TIP UNTUK MEMELIHARA ALAM SEKITAR

    • Bawa beg sendiri untuk membeli belah.
    • Berbasikal atau berjalan kaki untuk perjalanan yang dekat.
    • Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan.
    • Amalkan 3R (mengurangkan, menggguna semula dan mengitar semula). Kita dapat menjimatkan banyak sumber alam daripada dimusnahkan.
    • Praktiskan dan sokong pekebunan secara organik.
    • Gunakan tenaga dan bahan api secara efisyen, jangan bazirkan sumber ini.
    • Jalankan projek-projek atau aktiviti bertemakan alam sekitar di rumah, tempat kerja dan juga kawasan kediaman.
    • Dinginkan rumah anda secara bijak dengan menanam pokok di sekitar rumah.
    • Beli barangan tempatan. Selain kita dapat menjimatkan wang, ia turut menyokong ekonomi tempatan serta mengurangkan pembebasan karbon disebabkan penggangkutan barangan jarak jauh.
    • Kurangkan atau hentikan menggunakan barangan pakai buang. Ia hanya menghasilkan sisa pepejal.
    • Gunakan air secara bijak kerana ia juga merupakan sumber yang semakin berkurangan.
    • Belilah barangan mesra alam yang di iktiraf. Produk-produk ini dapat mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

    GAS RUMAH HIJAU DAN HUTAN PAYA GAMBUT

    Kajian terbaru di Jepun mendapati peningkatan suhu yang sedang berlaku pada masa ini akan menyebabkan tanah-tanah bencah (wetland) mengering. Kesan buruk paling ketara daripada pengeringan itu dapat dilihat dengan jelas pada tanah jenis paya gambut. Pengeringan ini menyebabkan lebih banyak karbon dari paya gambut terbebas ke udara dan membentuk karbon dioksida yang seterusnya memburukkan lagi masalah pemanasan global.
    Menggunakan kaedah permodelan komputer, saintis terlibat mengkaji tanah-tanah paya gambut pada latitud tinggi di lokasi-lokasi termasuk di Kanada, Rusia serta Alaska, dan mereka mendapati tanah-tanah paya itu menjadi semakin kering dengan meningkatnya suhu secara global. Hasil laporan dari Agensi Sains dan Teknologi Laut-Bumi Jepun itu diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience edisi Oktober. Memetik dari laporan itu, peningkatan suhu sebanyak empat darjah celsius sahaja sudah mampu menyebabkan kehilangan 40 peratus karbon dari paya gambut cetek malah lebih teruk lagi tanah paya yang lebih dalam boleh kehilangan karbon sehingga 86 peratus.
    Tanah Gambut Mengering
    Proses pengeringan tanah paya ini akan menyebabkan karbon terbebas dari tanah dan seterusnya menyebabkan jumlah karbon dioksida di udara meningkat. Menurut salah seorang pakar terlibat, Takeshi Ise, keadaan ini akan memburukkan masalah pemanasan global masa kini. Secara ringkas, apa yang berlaku adalah umpama kitaran mekanisma tindak balas positif yang mana suhu meningkat menyebabkan tanah gambut mengering dan seterusnya membebaskan karbon.
    Semakin banyak karbon terbebas, makin bertambah pembentukan gas karbon dioksida dan menyebabkan tindak balas fenomena rumah hijau berlaku lebih giat dan menyebabkan suhu bumi semakin panas. Pemanasan global berlaku akibat meningkatnya gas-gas rumah hijau dalam atmosfera terutama karbon dioksida, selain metana, ozon dan wap air.
    Apa yang boleh kita lakukan?
    Pertama sekali, juga cara yang cukup jelas ialah kita perlu memahami dan mengatasi faktor-faktor penyebab pemanasan global yang berpunca dari fenomena gas rumah hijau. Peningkatan karbon dioksida yang kini berlaku secara melampau adalah akibat aktiviti manusia terutama yang berkaitan dengan pembakaran bahan api. Isu ini telah banyak dibincangkan.
    Kedua, ialah mengenali, melindungi dan mempertahankan hutan-hutan paya gambut.  Tanah gambut adalah tanah yang terbentuk hasil pengumpulan sisa tumbuhan yang separuh reput atau sedang mengalami proses pengomposan di kawasan basah.
    Jenis tanah ini merangkumi kira-kira dua peratus daripada keseluruhan permukaan tanah dunia dan termasuk di dalam kategori tanah bencah. Secara semula jadi, hutan paya gambut ialah tanah tropika yang sentiasa digenangi air, rendah mineral, dengan kedalaman di antara satu hingga 20 meter dan biasanya di dapati di lembah-lembah sungai, kawasan delta dan muara. Memandangkan tanah jenis gambut mempunyai kemampuan penyerapan air bagai kan span, hutan ini bertindak sebagai penakung dan pembekal air.
    Proses penguraian yang berlaku dalam paya adalah dalam keadaan kurang oksigen atau anaerobik dan berasid. Penguraian akan berlaku dengan terlalu perlahan dan menyebabkan sisa tumbuhan melepaskan bahan kimia tannin yang berwarna kehitam-hitaman seperti warna air teh. Kadar penguraian karbon dari pereputan tumbuhan dalam tanah yang digenangi air adalah sangat rendah. Inilah sebabnya paya gambut berperanan sebagai stor penyimpan karbon yang sangat besar.
    Tetapi sejauh manakah kita mengenali dan mengiktiraf kepentingan tanah-tanah semula jadi ini?
    Sekurang-kurangnya 60 peratus atau 20 juta hektar tanah jenis gambut dunia terletak di Malaysia dan Indonesia. Malaysia memiliki lebih dua juta hektar tanah paya gambut khususnya di Sarawak. Bagaimanapun, hutan paya gambut di Sarawak semakin merosot dengan ketara dari 1.6 juta hektar pada 1974 menjadi kira-kira 1.2 juta hektar kini.
    Meskipun persekitaran hutan paya gambut dianggap kasar memandangkan ia keadaan digenangi air, berasid dan kurang mineral, hutan paya gambut mempunyai biodiversiti yang amat tinggi dan unik. Ini termasuk habitat penting pelbagai flora dan fauna termasuk pokok-pokok balak popular tetapi kian terancam seperti ramin (Gonystylus sp.), alan atau meranti merah (Shorea albida), bintangor (Calophyllum ferrugineum), meranti bakau (Shorea uliginosa) dan jelutong (Dyera costulata).Memetik laporan John Howes dalam The Encyclopedia of Malaysia, masalah eksploitasi hutan hutan paya gambut khususnya balak alan di Sarawak berlaku dengan kadar yang terlalu pantas dan memerlukan tindakan pemuliharaan segera bagi mengekalkan kewujudannya.
    Eksploitasi jejas keseimbangan
    Di Sarawak, hutan paya gambut adalah jenis hutan yang paling awal dibalak dan pembalakan secara mekanikal sebenarnya telah bermula sejak 1947. Malah, kata Howes, hampir semua kawasan hutan jenis paya gambut di Sarawak telah dilesenkan untuk tujuan pembalakan sejak 1979. Perkembangan terkini nasib hutan paya gambut sebenarnya lebih membimbangkan.
    Tebus guna pertanian
    Selain masalah pembalakan, hutan paya gambut juga terpaksa berdepan dengan isu ditebusguna khususnya untuk tanah pertanian. Kini, semakin banyak hutan di Sarawak telah ditukar menjadi ladang-ladang kelapa sawit. Sebagai hutan yang sering dianggap tanah yang sia-sia apatah lagi terletak di kawasan tanah pamah, hutan paya gambut pastinya menjadi pilihan utama.
    Apa yang pasti, perkembangan ini amat membimbangkan kerana ia telah dan sedang mengancam bukan setakat kolam biodiversiti negara malah menjejaskan keseimbangan kitaran air, udara, suhu dan cuaca dunia. Dalam satu seminar baru-baru ini, pakar penyelidik Projek Hutan Paya Gambut Pahang Tenggara, Dr. Khali Aziz Hamzah dari Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjawab persoalan penulis mengenai isu kebakaran hutan paya gambut.
    Jelas beliau, hutan paya gambut akan cenderung untuk menjadi kering akibat peresapan air dari tanah tersebut ke kawasan tanah yang ditebus guna untuk tujuan lain terutama yang dijadikan tanah pertanian. Eksploitasi tanah itu, akan menjejaskan sifat semulajadi tanah gambut yang sepatutnya sentiasa bergenang dalam air. Ini menjadikan tumbuhan separa reput yang merupakan ciri utama tanah gambut, tidak lagi berada dalam keadaan basah sebaliknya ia menjadi sisa organik yang berisiko tinggi untuk terbakar kerana berada dalam keadaan kering. Keadaan ini bakal mengundang lebih banyak masalah. Malah tanah gambut adalah merupakan kawasan hutan yang cukup mudah terbakar secara besar-besaran.
    Jadi berbalik semula kepada soalan apakah tindakan kita? Bagaimana kita dapat menangani isu-isu sebegini?
    Kesedaran umum dan pelbagai kempen penghijauan memang penting, pendidikan alam semulajadi di sekolah dan peringkat tertier juga penting, begitu juga pelbagai penyelidikan oleh pakar akademik. Tetapi hanya kesedaran dan anjakan paradigma melibatkan pihak-pihak tertentu di peringkat atasan yang dinamakan pemimpin, pembuat polisi, pelobi-pelobi projek dan sebagainya yang dapat menghasilkan perubahan secara signifikan.
    Awas! Pembakaran Terbuka
    Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara di negara ini. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.
    Masalah jerebu yang melanda negara pada 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi `asap'. Keadaan jerebu yang berlaku ketika itu amatlah membimbangkan sehingga menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU) meningkat sehingga ke paras yang sangat bahaya.
    IPU adalah satu sistem ukuran yang dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tahap kualiti udara dan impaknya terhadap kesihatan dengan cara yang termudah. IPU mengukur kepekatan bahan pencemar yang terampai dan dalam suatu nombor pada skala antara 0 hingga 500. Justeru, bagi mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembakaran terbuka, sejak 1998 Jabatan Alam Sekitar (JAS) melancarkan Operasi Mencegah Kebakaran Terbuka (Ops Bakar) di seluruh negara. Operasi berkenaan adalah program bersepadu membabitkan aspek pengesanan, penyiasatan dan tindakan penguatkuasaan, memadam, aktiviti kesedaran serta pendidikan.
    Selain itu, langkah penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dengan membabitkan pelbagai agensi kerajaan memantau masalah itu juga perlu. Larangan pembakaran terbuka tidak boleh dilaksanakan hanya dengan arahan. Ia sepatutnya disertai dengan penguatkuasaan undang-undang. Pembakaran terbuka akan terus berlaku selagi belum ada bukti setiap mereka yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman setimpal. Jika kes pembakaran terbuka dilakukan oleh individu atau syarikat, mereka perlu dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
    Sememangnya hukuman yang boleh dikenakan terhadap pesalah adalah berat iaitu denda maksimum RM500 000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya serta kompaun maksimum RM2 000. Di peringkat Asean, Persidangan Antarabangsa Mengenai Bahaya Kebakaran Hutan dan Tanah 2002 pada Jun lalu mencapai kata sepakat mengadakan kerjasama melalui perjanjian bagi menangani masalah pembakaran hutan dan tanah yang pernah menyebabkan jerebu paling teruk di rantau Asean. Komitmen daripada negara-negara anggota dilihat sebagai usaha positif ke arah menangani dan memerangi masalah kebakaran terbuka dan jerebu. Perjanjian berkenaan ditandatangani menteri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar, menggariskan komitmen negara-negara anggota menangani masalah berkaitan pada peringkat kebangsaan dan serantau.
    Perjanjian ini antara lain mengkehendaki negara-negara anggota bekerjasama mencegah jerebu melalui kawalan kebakaran, mewujudkan sistem amaran awal, bertukar-tukar maklumat dan teknologi serta menyediakan bantuan bersama. Perjanjian itu lebih kepada usaha sama negara-negara anggota dan bukan bertujuan menghukum negara anggota yang melanggar perjanjian berkenaan. Malah ia lebih tertumpu kepada bentuk kerjasama yang jelas menyatakan negara anggota perlu memberi bantuan kepada rakan lain.
    Perjanjian itu adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Jerebu Serantau yang diterima pakai oleh Asean selepas masalah jerebu yang teruk pada 1997 dan 1998 sehingga menyebabkan kerugian ekonomi sekitar RM34.2 bilion (AS$9 bilion) termasuk menjejaskan pengeluaran pertanian dan sektor pelancongan. Kesungguhan negara dalam menangani masalah kebakaran hutan dan tanah serta jerebu terbukti dengan pelbagai usaha pada peringkat kebangsaan melalui mekanisme mencegah punca kebakaran dan jerebu melalui rondaan udara dengan bantuan setelit. Tindakan penguatkuasaan ke atas mereka yang masih degil melakukan pembakaran terbuka diambil tanpa kompromi dengan bantuan agensi kerajaan lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bahagian Keselamatan Negara, Rela, Kementerian Kesihatan dan polis.

    TIP MENJAGA POKOK HIASAN

    Semakin ramai suka menghias rumah dengan pokok hiasan segar. Ini tabiat yang baik kerana aktiviti menanam pokok bukan saja mampu menghilangkan tekanan, malah ia juga dapat menyemai rasa cinta kepada alam sekitar. Sebagai permulaan anda boleh membeli pokok hiasan. Jika baru hendak memulakan hobi ini, sebaiknya pilihlah pokok yang mudah dijaga, tahan lasak dan cepat membesar.
    Pastikan pokok yang dibeli sihat iaitu bebas dari sebarang penyakit dengan melihat ciri berikut:
    • Lihat keseluruhan pokok, adakah warnanya sekata dan tampak segar
    • Pastikan ada banyak tunas baru
    • Periksa tanah yang ada dalam pasu, adakah ia lembap, kering atau terlalu kering hingga terdapat rekahan kecil. Jika tanah terlalu kering, pilih pasu lain. Tanah terlalu kering tidak dapat memegang air dengan baik walaupun disiram. Siraman tidak dapat mengembalikan komposisi tanah yang asal
    • Periksa adakah akarnya tertanam sempurna
    • Tidak perlu membeli pokok hiasan dalam pasu (walaupun memudahkan anda) yang biasanya lebih mahal berbanding pokok dalam polibe
    • Pilih saiz pasu sesuai dengan ketinggian pokok dan pindahkan pokok dalam polibeg ke dalam pasu;
    • Caranya, bersihkan pasu, tutup lubang air pada pasu dengan meletakkan ketul batu atau serpihan pasu supaya tanah tidak keluar
    • Masukkan tanah hingga memenuhi satu per empat daripada ketinggian pasu. Taburkan baja dan gaul dengan tanah
    • Kemudian masukkan pokok yang paling tinggi di bahagian tengah. Tanam pokok yang lebih kecil mengelilinginya Gunakan jari untuk menggemburkan tanah pada bahagian akar
    • Tambah tanah hingga penuh atau sekurang-kurangnya dua sentimeter dari permukaan pasu. Siram -perlahan-lahan dan biarkan air menyerap hingga ke lapisan bawah
    • Jangan lupa beli piring alas pasu untuk mengelakkan air daripada membasahi rumah anda. Atau untuk lebih cantik, beli pasu hiasan yang lebih besar dan masukkan pasu asal di dalamnya
    • Jika mahu menggunakan semula pasu lama, pastikan ia dibersihkan dulu. Berus dan kikis semua tanah yang melekat pada pasu. Basuh pasu dengan air sabun hingga bersih dan biarkan ia kering dengan menjemur secara telangkup sebelum digunakan. Ia bertujuan menghalang bakteria, telur serangga perosak daripada berpindah dan menyerang pokok baru

    TIP SEBELUM BENCANA

    Tip Persediaan Sebelum Bencana
    • Periksa potensi risiko kebakaran – Pendawaian elektrik dan sistem paip gas memasak kerana amat berbahaya bila berlaku gempa bumi
    • Tahu suis-suis utama dan injap di mana dan bagaimana menutup bekalan elektrik, gas dan air
    • Pastikan anda memiliki lampu suluh dan radio berkuasa bateri sekiranya berlaku: terputus bekalan lektrik, simpan lampu suluh di tepi katil anda atau tempat yang dikhaskan
    • Simpan satu atau lebih alat pemadam api di lokasi yang mudah diambil
    • Simpan bekalan asas pertolongan cemas di samping pengetahuan asas tentang prosedur pertolongan cemas
    • Tempatkan objek-objek yang besar dan berat di rak sebelah bawah. Pakukan rak secara selamat ke dinding. Ikat atau tambatkan objek-objek yang tinggi dan berat
    • Pastikan katil anda diletakkan jauh daripada tingkap yang besar, cermin dan objek-objek berat yang mungkin jatuh
    • Beritahu keluarga apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku gempa bumi
    • Simpan barang-barang berbahaya seperti cecair mudah terbakar dan beracun di tempat yang selamat di mana ianya tidak mudah jatuh atau pecah
    • Bahan-bahan isian botol, kaca dan lain-lain yang mudah pecah seharusnya tidak disimpan di tempat-tempat tinggi atau ditinggalkan di rak-rak yang membolehkannya menggelungsur bebas
    • Lampu-lampu lekapan di siling perlulah dipasang kukuh. Pendawaian kecil atau rantai yang sesuai boleh mengatasi risiko ini
    • Rekahan dinding yang dalam perlu disiasat. Rekahan tersebut terutamanya di siling boleh runtuh dalam bentuk kepingan-kepingan besar dan boleh menyebabkan kecederaan
    • Dalam keadaan biasa aktiviti-aktiviti harian di tempat kerja atau di sekolah, elakkan halangan di koridor, pintu dan laluan keluar daripada pelbagai barangan kelengkapan, kotak-kotak, basikal dan sebagainya
    • Adalah penting semua laluan dikosongkan untuk pemindahan penghuni dan urusan pasukan penyelamat apabila berlaku kecemasan.