KENALI DATO' IBRAHIM MAJID

3




Anak jati Johor, Dato’ Ibrahim Majid dilahirkan di Muar dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sejak mula-mula bertugas di Segamat sehinggalah bersara pada tahun 1973. Beliau bersekolah di Sekolah Tinggi Muar dan selepas itu melanjutkan pelajaran di Raffles College Singapura sehingga Perang Dunia kedua.
Selepas Perang, beliau bertugas di beberapa daerah di Johor termasuk Penggerang, Labis, Segamat dan Pontian sebagai ADO (Penolong Pegawai Daerah) dan di Johor Bahru sebagai DO (Pegawai Daerah). Pada tahun 1959 beliau ditugaskan sebagai AO (Adminstrative Officer) di Kluang dan beberapa bulan kemudian dilantik sebagai Pegawai Daerah Kluang.
Apabila konfrontasi tercetus antara Malaysia dan Indonesia pada 1963, beliau dipinjamkan kepada Kerajaan Persekutuan sebagai Pengarah Perkhidmatan Negara (Director of National Service) di Kuala Lumpur sehinggalah tamat konfrontasi.
Pada tahun 1967, beliau kembali ke negeri Johor, sebagai Pegawai Daerah Muar dan pada waktu inilah beliau dianugerah pingat SPMJ yang membawa gelaran Dato’ .
4
Selepas tiga tahun berkhidmat di daerah Muar, iaitu pada tahun 1970, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Johor sehinggalah persaraannya pada tahun 1973.
Sebagai pegawai kerajaan, beliau terpaksa berpindah dari satu daerah ke satu daerah, kadang-kala hanya untuk beberapa bulan saja. Sebab itulah Kluang menjadi kenangan istimewa baginya kerana beliau dapat menetap di sana selama enam tahun dan dengan itu berpeluang menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembangunan daerah tersebut.
2
Di Kluang beliau mengusahakan pembukaan kawasan-kawasan baru, pembahagian tanah kepada orang-orang kampung yang telah lama bertani dan menetap di sana, dan bergaul dengan setiap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, dalam usaha memesrakan rakyat dengan kerajaan untuk menolak anasir-anasir komunis. Kawasan-kawasan luar bandar pada masa itu amat terpencil dan ada yang masih di bawah ancaman komunis.
5
Walaupun beliau dianugerah berbagai pingat termasuk pingat PIS, JP, SPMJ dan SSIJ sepanjang perkhidmatannya di negeri Johor dan akhirnya berjaya menyandang jawatan pegawai kerajaan yang paling tinggi di negeri Johor, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ibrahim Majid dikenali sebagai orang yang `simple’ dan hidup secara sederhana sehingga ke akhir hayatnya. Pencapaian yang diperoleh jarang sekali diceritakannya, namun pada hari ini dapat dilihat pada nama jalan di beberapa tempat di negeri Johor, pada nama kampung dan juga pada nama sekolah yang menjadi tempat suburnya generasi baru.
0
Dato' Ibrahim Majid telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1995. Al-Fatihah...


(sumber : www.skkdim.com)

4 comments:

  1. Hanya ALLAH SWT dapat membalas budi dan jasa DIM.
    ~Pengetua SMK Dato Ibrahim Majid, Spg.Renggam.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah merahmati arwah. Aamiin

    ReplyDelete