SEJARAH SEKOLAH

1969 - Mula ditubuhkan di bangunan Balai Raya Kg. Pt. Ibrahim.
1972 - Bangunan Balai Raya dimana sekolah ditempatkan roboh ditiup
          angin ribut.
1980 - Berpindah ke bangunan kekal 2 tingkat di lot tapak sekolah
          yang ada sekarang.
1981 - Perasmian Sekolah oleh YB Dato' Hj. Mohamed Suhaimi B.
          Dato' Hj. Kamaruddin (Timbalan Menteri Pelajaran) pada
          22.9.1981.
1982 - Mendapat sebuah lagi bangunan batu 2 tingkat.
1993 - Mendapat sebuah lagi bangunan batu 2 tingkat.
1994 - Dinaikkan taraf Sekolah Gred A.
2003 - Mendapat bangunan Makmal Komputer.
2007 - Surau baru hasil kutipan derma orang ramai telah siap dibina.
2007 - UPSR mencatat keputusan terbaik dalam sejarah sekolah di mana
          14 orang calon mendapat 5A mewakili 22% calon.
2008 - Bangunan Pra Sekolah kedua siap dibina dan mula beroperasi.

SEKOLAH KEBANGSAAN KG DATO IBRAHIM MAJID ialah sebuah sekolah kebangsaan kerajaan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1969. Sekolah ini terletak di KM.8, Jalan Benut, lebih kurang 9 kilometer dari pekan Simpang Renggam. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai sekolah cawangan Bukit Kenangan B dan beroperasi di Balai Raya Kampung Parit Ibrahim.oldPada tahun 1972, bangunan balai raya tersebut telah roboh ditiup angin ribut dan pihak kerajaan telah membina bangunan baru di tapak yang sama. Lapan tahun selepas itu iaitu pada tahun 1980, operasi sekolah telah dipindahkan ke tapak baru dimana satu bangunan dua tingkat dibina sebagai bangunan sekolah.

Sekolah ini telah dirasmikan pada tanggal 22 September 1981 oleh YB Dato’ Hj. Suhaimi B. Dato’ Hj. Kamaruddin, Timbalan Menteri Pertanian pada ketika itu dan nama sekolah telah ditukar kepada SK Dato Ibrahim Majid sempena nama setiausaha kerajaan negeri Johor yang juga mantan Pegawai Daerah Kluang.suhaimi



Dengan penambahan bilangan murid yang mendaftar , pada tahun 1982, sekolah mendapat sebuah lagi bangunan 2 tingkat. Pembangunan disekitar sekolah dengan pembukaan Bandar Baru Ibrahim Majid juga menyaksikan bilangan penduduk semakin bertambah dan pada tahun 1993, sebuah lagi bangunan 2 tingkat dibina untuk menampung bilang murid yang bertambah. Pada tahun yang sama juga, PIBG sekolah telah membina sebuah bangunan surau hasil kutipan derma orang ramai.

Pada tahun 1994, sekolah ini telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Gred A. Sebuah blok bangunan makmal komputer telah dibina pada tahun 2003 dan beroperasi mulai tahun 2004. Dengan kelengkapan ini, murid mendapat peluang untuk mengalami suasana PdP yang berteraskan ICT seterusnya menjadikan mereka celik IT.

Memandangkan bilangan murid yang besar, PIBG sekolah sekali lagi telah berusaha membuat kutipan derma dari orang ramai serta agensi kerajaan untuk membina sebuah surau baru untuk aktiviti keagamaan yang lebih konsudif dan selesa. Akhirnya pada tahun 2007, impian tersebut dapat direalisasikan dengan terbinanya sebuah surau yang boleh memuatkan 200 jamaah.
bina
Selain itu, sekolah juga mendapat dua tambahan bangunan untuk kelas Pra sekolah iaitu pada tahun 2008 dan 2011. Kini, terdapat tiga kelas pra sekolah iaitu Tunas Cemerlang, Tunas Bestari dan Tunas Harapan yang boleh menampung sejumlah 75 orang murid setiap tahun.

Sekolah ini sekali lagi menerima peruntukan pembinaan sebuah bangunan 3 tingkat pada tahun 2008. Bangunan baru yang mula digunakan pada tahun 2010 ini dilengkapi makmal sains, bilik- bilik darjah, bilik mesyuarat, bilik operasi peperiksaan, pejabat dan bilik guru berhawa dingin, bilik j- qaf, dan pusat akses.
blok

No comments:

Post a Comment